Thursday, January 26, 2012

Pertanian Asli

PENGENALAN DIRI.
Nama saya Sanmargam Kathiravan dari Lunas, Kedah, Malaysia. Melibatkan diri dalam bidang pertanian senjak tahun 1999. Buat permulaan saya pilih tanaman bunga melor untuk mendapat pendapatan sampingan. Saya menggunakan bahan kimia seperti petani-petani lain tidak tempat untuk mendapatkan ilmu untuk mempertingkatkan quality bunga. Tidak ada seorang yang sanggup kongsi pengalaman mereka dengan nasihat pegawai pertanian Kulim saya pun berusaha untuk mempergiatkan pertanian bunga melor.
Banyak cabaran untuk menjaga pokok bunga melor sehingga pegawai pertanian pun kata dia pun tak tahu puncanya dan bagaimana untuk mengawal. Pengunaan racun dapat kawal serangga perosak buat sementara waktu sahaja. Segala masalah saya telah pun selesai setelah saya mengikuti ataupun mengamalkan pertanian organik ataupun pertanian asli. Pada tahun 2003 saya mengikuti satu latihan pertanian asli yang dianjurkan oleh PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG selepas latihan itu saya mula mengamalkannya.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman sebelum dan selepas saya beralih kepada pertanian organik ataupun pertanian asli.

MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL SEMASA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA:
1. Tidak dapat kawal seranggan dari merosakan tanaman buat selama-lamanya.
2. Racun seranggan hanya dapat membunuh ulat-ulat yang berada diatas tanaman semasa semburan.
3. Selepas seminggu serangga dewasa kembali untuk bertelur dan proses ini berulang lagi.
4. Selepas 1 tahun racun yang sama tidak dapat digunakan lagi, ini sebabkan oleh serangga akan lali pada racun tersebut.
5. Saya bermula dengan racun serangga kelas IV pada permulaan hinggalah ke kelas I dalam jangka masa 2 tahun.
6. Racun serangga akan membubuh segala serangga perosak dan juga serangga baik (sahabat petani).
7. Hasil tanaman iaitu bunga melur tidak tahan lama menjadi layu dan jadi kuning dalam 24 jam.

SELEPAS BERUBAH KE PERTANIAN ORGANIC:1. Dapat mengatasi masalah serangga perosak secara keseluruhan.
2. Tidak membunuh serangga malah menghindar dari mendekati tanaman (serangga dewasa).
3. Penghalau serangga diproses sendiri kosnya murah dan ia akan menghalau serangga perosak sahaja,          serangga yang menjaga pertanian akan kekal hidup diladang. Ia akan hidup dengan memakan serangga
perosak yang datang untuk bertelur ditanaman.
4. Burung sentiasa berada di tapak pertanian ada juga yang bersarang disitu. Masalah siput (gulung kecil) diselesaikan oleh sejenis burung yang datang makan semua siput.
5. Bunga segar tahan lebih lama (segar). size agar besar, bau harum dan bebas dari ulat.

NOTA: Kelebihan ini tidak akan wujud dalam 1 atau 2 bulan ia akan makan masa 1 - 2 tahun. Masalah petani kita mahu lihat keputusan dengan segera seperti "Maggi Mee" tanpa menyedari kesan janka pendak dan panjang.

No comments:

Post a Comment